dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat – Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma. Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma bermula pada pukul 01:30 pm sehingga 02:30 pm. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Sepanjang program ini berlangsung, Staf NADI perkenalkan mengenai apa itu NADI, fungsi NADI serta lokasi NADI di Perlis. Staf NADI turut menerangkan objektif utama program pada hari ini. Selain itu, Staf NADI menerangkan mengenai kandungan merbahaya seperti scam, kandungan intim, deepfake, penipuan cinta, aktiviti menyalahi undang-undang seperti penjualan dadah dan sebagainya. Seterusnya, Staf NADI menerangkan mengenai apa itu maklumat palsu, dan cara kawalan kendiri pemikitan kritis. Antara lain, Staf NADI menerangkan mengenai proses pengantunan seksual dalam talian seperti memprofil mangsa, meraih kepercayaan, merahsiakan hubungan, membiasakan dan ekspoitasi dan ugutan. Akhir sekali, Staf NADI menerangkan mengenai jenis buli siber contohnya memulaukan mangsa, guna identiti orang lain untuk buka akaun palsu, doxxing atau menyebarkan maklumat peribadi sesorang tanpa izin dan sebagainya.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.